"Ketahui Teknik Sebenar & Tips Mengasuh Kanak-Kanak Dalam...

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)"

 

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh BengkelTaskaTadika.com adalah dengan kerjasama Agensi yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) iaitu UNIVERSAL CLICK SDN BHD.

Pihak BengkelTaskaTadika.com mengambil inisiatif ini memandangkan ramai peserta yang ingin menghadiri Kursus ini dan juga sebagai persediaan utama bakal usahawan yang ingin menceburi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak adalah WAJIB untuk pengasuh kanak-kanak TASKA di bawah AKTA 1984 dan Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Institusi) 1985, Pindaan 1993.

Tujuan Kursus:

Memberi ilmu pengetahuan kepada para pengasuh, penyelia, pengusaha Taska dan juga para ibubapa mengenai perkara-perkara utama dalam pengasuhan kanak-kanak agar kanak-kanak di Taska didedahkan dengan perkembangan secara menyeluruh

 

Memberi bimbingan dan panduan lengkap kepada setiap pengusaha Taska untuk menguruskan Taska dengan lebih cekap, sistematik serta menguntungkan

 

Meningkatkan imej serta kualiti pengasuh melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada kandungan kursus

 

Membantu setiap pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh di Taska mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

 

Setiap Taska adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dengan menghadiri kursus ini

 

 

Info Kursus:

 

Pakej latihan adalah dalam Bahasa Malaysia. Penyampaian akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Peserta yang lulus ujian bertulis dan ujian amali akan didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sebagai Pengasuh Berdaftar mengikut Peruntukan Akta Taska 1984

Tenaga pengajar terdiri daripada penceramah dari agensi kerajaan yang berkaitan dan jurulatih daripada Agensi yang telah ditauliahkan oleh JKM

Tarikh ujian bertulis akan ditetapkan oleh JKM dan sijil kursus akan dikeluarkan oleh JKM

Sijil kehadiran akan dikeluarkan bersama oleh Agensi yang diiktiraf oleh JKM dan juga pihak BengkelTaskaTadika.com

Kursus adalah terhad kepada 35 peserta yang berdaftar dan membuat pembayaran penuh atau deposit

Kelayakan akademik minima yang diperlukan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kehadiran sepanjang kursus dijalankan adalah WAJIB

Peserta dikehendaki berpakaian sopan dan sesuai sepanjang kursus dijalankan

 

 

Kandungan Kursus:

 

  • Pengenalan kepada pengasuhan kanak-kanak di TASKA

  • Perkembangan yang menyeluruh kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah.

  • Perkembangan Fizikal & Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan Fizikal

  • Perkembangan Sosio-Emosi & Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan Sosio-Emosi

  • Perkembangan Bahasa & Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan Bahasa

  • Perkembangan Kognitif & Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan Kognitif

  • Kesihatan, memahami keperluan makanan seimbang & berkhasiat serta Jenis-jenis aktiviti yang berkait dengan pemakanan kanak-kanak

  • Persekitaran untuk kegiatan dalam dan luar TASKA

  • Menyediakan peralatan luar dan dalam TASKA

  • Pergerakan kreatif & Kegiatan kreatif kanak-kanak

  • Menjaga kebersihan bayi & kanak-kanak dan kebersihan TASKA

  • Merancang dan menyediakan jadual akitiviti harian TASKA

  • Amalan asuhan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak

  • Pentingnya peranan ibu bapa di TASKA

  • Cerita dan nyanyian bagi kanak-kanak

  • Perhubungan dan interaksi

  • Tugas-tugas pengasuh dan kakitangan lain di TASKA

  • Akta TASKA 1984 (seperti dipinda)

  • Proses Pendaftaran TASKA dan penalti kalau tidak berdaftar

  • Perlindungan kanak-kanak

  • Mengetahui jenis-jenis rekod di TASKA, cara menyelenggara dan menyimpannya

  • Ceramah daripada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pergigian, Jabatan Bomba & Keselamatan serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan

Bila & Dimana Kursus Diadakan?

 

Kursus:

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)

Tarikh / Hari:

23 Februari  2013  -  14 April  2013  (Sabtu  & Ahad)

Waktu:

8.30am - 5.30pm  -  Part Time

Lokasi:

UNIVERSAL TRAINING CENTRE

No 19-2 & 19-3, Jalan BPP 5/1,

Bandar Putra Permai,

43300 Seri Kembangan,

Selangor.

(Sebaris Giant, Hotel M Design & Pasar Borong Seri Kembangan, Selangor)

Bahasa:

Melayu

Penyertaan:

Terhad 40 orang sahaja. Kini 30 orang lagi!

Yuran:

RM600  RM550   Potongan harga istimewa!

Kini RM480 sahaja!

 

 

<< Klik di sini untuk Cara Penyertaan & Pembayaran >>

 

Pejabat : 03-8941 2544 (Sila hubungi Pejabat untuk maklumat lanjut & pendaftaran)

* Kursus ini hanya akan dijalankan sekiranya pihak kami menerima pendaftaran minima seramai 20 orang. Anda boleh mendaftar dahulu dan sekiranya jumlah penyertaan tidak mencukupi kami akan memaklumkan kepada anda.

 

 

<< Kembali ke Laman Sebelum >>